Pengenalan | Sejarah | Lagu | Organisasi PRS | Aktiviti PRS | Kelab UBK | Organisasi UBK
 | Perkhidmatan | Rancangan tahunan | Kenal Kaunselor | Tips | Album | Home

                                           Kelab Bimbingan Dan Kaunseling

                                                                                         Pengenalan

Kelab Bimbingan dan Kaunseling adalah suatu kelab yang menjadi kelab sokongan kepada sebarang bentuk aktiviti yang berkaitan dengan Unit Bimbingan
dan Kaunseling . Kelab ini menjadi pelengkap sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan oleh unit bagi menambah kelancaran dan pembaikan setiap program
yang dijalankan oleh unit .

                                              Visi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Mewujudkan iklim yang kondusif , teraputik dan efektif dari aspek fizikal , perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah .

                                               Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh - sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan , perkembangan kendiri yang positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan , beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan .


                                              Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap , berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual , jasmani , emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh .