Pengenalan | Sejarah | Lagu | Organisasi PRS | Aktiviti PRS | Kelab UBK | Organisasi UBK
 | Perkhidmatan | Rancangan tahunan | Kenal Kaunselor | Tips | Album | Home

Pengenalan

                                                                                          

PENDAHULUAN

Program Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 1998 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus Kejurulatihan bagi kumpulan pertama . Sehingga tahun 1992 , tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki .
 


 

RASIONAL

Membantu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan satu saluran bagi pelajar berkongsi kebimbangan dan mencurahkan perasaan
     tidak dapat dikongsikan dengan orang dewasa .
Cabaran remaja makin bertambah dan mereka memerlukan bimbingan PRS yang boleh membantu pelajar membina perlakuan yang lebih diterima
     melalui contoh teladan perhubungan yang terbuka .
Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja dan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan dalam hidup mereka . PRS boleh memainkan
     dalam mempengaruhi rakan secara positif .
 


 

FALSAFAH

Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain


 

KONSEP

Konsep asas PRS adalah " Rakan Bantu Rakan " . Rakan boleh dalam lingkungan umur yang sama atau lebih muda / tua . PRS boleh dinamakan
     seperti mentor sebaya , buddy , tutor sebaya , adik angkat , kelompok sokongan , college system atau kaunselor sebaya .


 

MATLAMAT

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan pelajar
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai - nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan
Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi orang dewasa yang peka , bertimbang rasa , rela menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat
     majmuk
Melalui pengaruh positif dan perpaduan dalam aktiviti lain , PRS dapat memainkan peranan mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan pelajar


 

OBJEKTIF

Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik , perlakuan , emosi dan peribadi
Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam khidmat ini
Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain
Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih yang boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


 

FUNGSI PRS

Sebagai rakan yang berkesedaran sebagai saluran tidak formal untuk mencurahkan perasaan
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling
Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain


 

ETIKA PRS

Amanah dan menyimpan rahsia
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
Memahami batasan dan keupayaan diri
Sentiasa berusaha meningkatkan diri daripada pelbagai aspek
Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri / orang lain
Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling
Mematuhi peraturan sekolah , norma masyarakat