Pengenalan | Sejarah | Lagu | Organisasi PRS | Aktiviti PRS | Kelab UBK | Organisasi UBK
 | Perkhidmatan | Rancangan tahunan | Kenal Kaunselor | Tips | Album | Home

                                                 Sejarah Pembimbing Rakan Sebaya

Program Pembimbing Rakan Sebaya secara formal diperkenalkan dalam tahun 1987 setelah dijalankan projek rintis di 4 buah sekolah di Petaling Jaya dan
Wilayah Persekutuan .

Berasaskan kepada andaian bahawa remaja mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakan sebaya sama ada dari segi positif atau negatif , maka penulis
berpendapat bahawa remaja berupaya mempengaruhi rakan secara positif jika mereka dilatih dengan teknik - teknik bersahabat dan berkomunikasi dengan
berkesan , di samping menjadi contoh teladan yang baik .

Hasil projek ini telah dibentangkan dalam seminar pertama Pembimbing Rakan Sebaya dalam bulan Januari 1987 . Peserta seminar telah sebulat suara bersetuju
menggunakan nama Pembimbing Rakan Sebaya atau lebih dikenali sebagai PRS yang berpayung di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah .

Apa yang membezakan program PRS dengan program lain yang menggunakan pengaruh rakan sebaya ialah , PRS dilatih mengikut modul latihan yang
terancang dalam bidang asas komunikasi dan kaunseling . Tujuannya bukan menjadikan mereka sebagai kaunselor tetapi membekalkan mereka dengan
kemahiran penting dalam perhubungan manusia . Guru kaunseling diberi tugas melatih mereka dengan lengkap sebelum mereka diiktiraf sebagai PRS .

PRS dilatih mengalami proses memahami , memotivasi dan menghormati diri sebelum mereka dapat membantu dan membimbing rakan - rakan mereka .
Nilai - nilai murni seperti toleransi , hormat , menyimpan rahsia , bersikap positif dan sentiasa memajukan diri menjadi prinsip program ini . Dalam bidang akademik , PRS dimestikan meningkatkan prestasi atau sekurang - kurangnya mengekalkan prestasi akademik mereka .

Melalui pencapaian akademik yang baik mereka berupaya membantu rakan bukan saja dalam mengatasi masalah emosi bahkan juga membantu diri dari segi akademik , jika diperlukan . Dari segi psikologi , peringkat remaja merupakan peringkat yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka . Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan - rakan mereka dari ibu bapa , guru atau orang dewasa lain . Pada peringkat inilah pengaruh rakan sebaya yang amat kuat dan paling diterima .

Oleh itu , pendekatan yang logikal ialah menggunakan remaja ini untuk mempengaruhi remaja lain . Program PRS dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur . Prinsip asas program PRS ialah Bantu Diri Supaya Dapat Membantu Orang Lain menggalakkan PRS sentiasa meningkatkan diri dan bersikap positif .