Tips Untuk Dikongsikan Bersama
Merancang Jadual Belajar Efektif
Agihkan waktu yang cukup untuk tidur , makan dan
rekreasi
Susun tugas - tugas mengikut keutamaan
Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji
pelajaran
sebelum ke sekolah atau masuk ke kelas
Sediakan waktu untuk mengulangkaji pelajaran selepas
waktu
persekolahan . Ingatlah bahawa anda mungkin akan lupa
pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca
dalam tempoh 24 jam
Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar
Pilih tempat yang selesa ( tidak mengganggu
penumpuan ) untuk
belajar
Rancangkan juga " deadline "
Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada
pagi /
siang atau malam
Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan
Hati - hati , jangan sampai dipermainkan oleh jadual
anda sendiri |
Jadual Belajar Efektif
Penjadualan Waktu adalah membuat dan
melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan
mengutamakan
pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan
aktiviti , keluarga dan lain - lain .
Pedoman :
Perhatikan masa anda
Fikirkan bagaimana anda menggunakan masa anda
Bilakah anda menghabiskan masa anda dengan sia - sia
Ketahuilah masa yang produktif
|
Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu , akan dapat
membantu anda :
Membuat Daftar Tugasan . Tulislah perkara - perkara yang
patut anda lakukan , kemudian tentukan apa yang dilakukan
sekarang , nanti dan apa
yang perlu dilakukan oleh orang lain , dan apa yang
boleh ditangguhkan dahulu .
Membuat Jadual Harian / Mingguan . Catat temu janji , kelas
dan pertemuan pada buku / jadual kronologi . Sentiasa mengetahui
jadual untuk
tempoh sehari , dan selalu masuk tidur dengan
mengetahui anda sudah siap untuk menghadapi hari esok .
Merancang jadual yang lebih panjang . Gunakan jadual bulanan
supaya anda boleh merancang aktiviti lebih awal . Jadual ini
juga dapat membantu
anda memanfaatkan waktu lapang dengan lebih selesa
|